Wednesday, May 2, 2012

Tiket Singapore River Cruise untuk dijual

Aku nak jual tiket Singapre River Cruise kepada sesiapa yang berminat. Masa jalan-jalan di Singapura hari tu, aku tak sempat nak pergi. Hehehe..

Untuk pengetahuan semua, aku ada 4 tiket untuk dijual. Harga 1 tiket ialah $18 dan dalam RM lebih kurang dalam RM45 tapi aku jual RM35 sekeping. Kalau sesiapa beli 4 tiket terus dapat harga RM120. Tiket ni sah sampai 30 September 2012. Sempat lagi kalau sesiapa ada plan nak jalan-jalan ke Singapura nanti. 


Tiket Singapore River Cruise. 

Kepada yang serius nak beli, sila emel kepada mazuriah@gmail.com. Siapa cepat dia dapat!

Cerita jalan-jalan ke Singapura insyaAllah akan sambung tak lama lagi. Aku akan cuba habiskan pengalaman berada di Singapura nanti. Tunggu ya. 

p/s: penat di singapura tak hilang lagi. 

nota: tiket ni dah dijual. harap maklum. 

Saturday, April 28, 2012

Jalan-jalan di Singapura-hari ketiga

Lepas maghrib, aku dengan kawan aku bercadang nak jalan-jalan cari makan. Plan asal nak cari makan di Bedok Food Centre tapi memandangkan tempat tu agak jauh dari hotel dan tak berapa pasti lokasi, kami terus batalkan niat ke situ. Lokasi seterusnya ke Restoran Zam Zam yang masyhur dengan murtabak dan nasi beriani yang terletak di Arab Street. 

Aku ada juga baca blog lain dan ramai yang cadangkan ke situ. Oklah..boleh je nak cuba tapi sebelum tu aku sempat google map Restoran Zam Zam. Tengok kat google map memang senang je nak ke sana. Keluar sahaja ke MRT Bugis, jalan selama 10-15 minit. Landmark berdekatan dengan Restoran Zam Zam ini ialah Masjid Sultan. 

Menu makanan.

Suasana dalam Restoran Zam Zam.

Nasi beriani ayam.

Murtabak daging.

Lepas makan, terus ke Changi Airport sebab nak ambil adik bongsu aku kat sana. Dari MRT Bugis terus naik MRT Changi Airport. Untuk sampai ke MRT Changi Airport kena turun MRT Tanah Merah dulu untuk tukar train. Adik aku sampai dalam pukul 12 malam tapi aku sampai awal dalam pukul 10.30 malam sebab MRT terakhir pukul 11 malam. 

Lepak-lepak kat airport, nampak ada orang jalan-jalan bawa senapang. 

Takutnya..silap-silap dia tembak aku pula. 

Dah jemput adik aku, ambil teksi dan terus balik hotel. Terus tidur sebab esok kena bangun awal. Hari terakhir conference. 

p/s: sambung hari keempat pula. sikit je lagi ni. hehehe..

Friday, April 27, 2012

Jalan-jalan di Singapura-hari kedua

Maaf lambat nak update blog sebab tak sempat. Balik dari conference, memang penat dan ditambah pula sakit kaki gara-gara pakai kasut baru. Ok sambung pula hari kedua di Singapura. 

Untuk pengetahuan semua, aku ke Singapura untuk menghadiri conference Mobile Asia pada 25-27 April. Tempat conference iaitu Suntec Convention Centre, memang dekat cuma seberang jalan sahaja dari hotel. Memanglah dekat dengan hotel tapi tak semua jalan boleh lintas sesuka hati. Kalau nak sebarang jalan, tak sampai 5 minit dah sampai tapi kalau ikut underpass (jalan bawah tanah), mahu dalam 10-15 minit baru sampai. Haa..pilihlah mana 1 nak. Nak yang senang tapi bahaya atau nak selamat tapi jauh. Aku pilih....yang senang!! Hahaha..memang dasar berani betul. 

Aku rasa pada hari pertama conference memang telah membuka mata (eye opener) aku sebab banyak maklumat terkini yang aku perolehi. Ramai juga peserta dari pelbagai negara yang datang tapi cuma 4 orang dari Malaysia. Sikitnya wakil Malaysia!

Ini adalah sebahagian gambar sepanjang conference yang aku hadir. 

Sempat posing dulu sebelum mula. 

Speaker dari Sing Tel.

Perbincangan panel list. 

Memandangkan hotel aku dekat conference, ada sahaja break mesti nak balik bilik. Nak baring-baring atas katil dulu..apa punya peel aku ni? Buat malu company je. 

Habis conference, tak ada aktiviti apa sangat. Makan-makan lagi kat Resto Surabaya kat Lucky Plaza di Orchard. Balik dari makan, masuk bilik terus tidur.  

p/s: sambung lagi hari ketiga. 

Wednesday, April 25, 2012

Jalan-jalan di Singapura-hari pertama

Lepas check in hotel, aku dan kawan aku ingat nak jalan-jalan kejap. Tempat pertama aku nak pergi ialah Lucky Plaza di Orchard sebab nak redeem Groupon. 

Offer daripada Groupon untuk naik Singapore Flyer dan River Cruise. 

Pertama kali naik MRT, memang panik. Tak tahu nak ambil MRT kat mana, nak beli tiket macamana dan banyak lagi. Nasib baik ada staff hotel yang sudi membantu. Siap cakap melayu lagi. Hehehe..kat sini tak semua yang faham cakap melayu. Terima kasih ya. 

Dari Marina Mandarin Hotel nak ke Orchard, MRT paling senang ialah City Hall. Tak jauh pun, cuma jalan kaki 10 minit sahaja. Sampai je MRT Orchard, terus cari Lucky Plaza. Pening juga nak cari sebab masa tu orang tengah ramai baru balik kerja. Cari punya cari, nasib baik jumpa. 

Lepas redeem kupon Groupon, perut minta diisi sebab tak makan lagi sejak sampai. Lapar gila!!! Tak tahu nak makan apa, tiba-tiba nampak iklan kedai makan. Nama kedai tu ialah Resto Surabaya yang terletak di tingkat 2 Lucky Plaza. 

Masuk kedai sahaja, terus nampak gambar-gambar artis Indonesia yang pernah makan kat kedai tu. Glamer juga kedai ni. 

Aku tak pasti siapa tapi muka dia orang biasa keluar di sinetron TV. 

Ambil gambar dulu sebelum makan.

Makan nasi ayam penyet. Pedas gila sambal dia tapi sedap. 

Perut dah isi, ingat nak cari ole-ole. Pusing-pusing kat Lucky Plaza, aku nampak ada kedai jual fridge magnet harga $10 untuk 5 keping dan baju budak-budak dengan harga $10 untuk 3 helai. Oklah tu kan? 

Destinasi seterusnya ialah Mustafa Centre. Ramai kawan aku cakap, beli barang murah kat situ. Lagipun aku tak tahu nak jalan mana lagi kat Orchard. Tanya kat customer service, kalau nak ke Mustafa Centre, nak turun kat MRT mana. So, dia beritahu turun kat MRT Little India dan jalan kaki 10 minit. 

Sampai di MRT Little India, aku terasa macam di India. Entah kenapa ramai sangat orang India beli barang kemas. Boleh katakan setiap kedai emas, ramai betul orang India beli. Kenapa ya? 

Eh kejap..aku rasa aku dah jalan kaki lebih daripada 10 minit tapi tak nampak pun bayang-bayang Mustafa Centre. Biar betul ni? Tengok peta, rasa macam dekat dah. Mahu 20-30 minit jalan kaki, baru aku nampak signage Mustafa Centre. Jauh betul sampai berpeluh-peluh 1 badan aku dibuatnya. 

Mustafa Centre ni lebih kurang macam Mydin tapi lagi baguslah. Bangunannya besar ada dalam 4 tingkat rasanya. Macam-macam barang ada dijual tapi apa yang aku beli ialah Macaroni & Cheese daripada kraft. Macamlah kat Malaysia tak ada jual. Aku beli ni sebab teringatkan anak saudara aku, Hadi. Sayang betul Awong kat Hadi tau! 

Keluar dari Musatafa Centre, dah tak larat naik MRT. Kaki aku pun macam nak cramp je. So aku beritahu kawan aku, "aku tak larat jalan dah. ambil teksilah." Naik teksi, tutup mata sahaja bila nak bayar. Lantaklah...aku dah pancit!! 

Masuk bilik, lepas mandi-mandi dan gosok baju terus tidur. Oh ya..inilah hasil tangkapan aku pada hari pertama di Singapura. 


p/s: sambung hari kedua di Singapura.

Tuesday, April 24, 2012

Salam dari Singapura

Aku berada di Singapura 24-29 April untuk menghadiri conference. InsyaAllah aku cuba lintas langsung dari Singapura. Cewaaah! 

Nak tahu aku stay kat mana? Stay kat Marina Mandarin Hotel sampai 28 April lepas tu tukar ke hotel murah. Ada isu masa nak minta stay kat hotel ni. Siap gaduh-gaduh dengan orang finance lagi tu. Last-last lepas juga..saja nak bikin drama. Piiraah!

Mari-mari cuci mata. 






Ada 2 jamban. Tak payah nak berebut-rebut. 

Nampak Marina Bay tapi kabus tebal sangat. 

Amik kau..terasa di syurga!!! 

p/s: esok start conference. 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails