Friday, April 30, 2010

Terbang RM100

Semalam aku book tiket AirAsia untuk ayah aku (sebenarnya book untuk kawan ayah aku). Aku tak tahu kenapa aku boleh letak salah tarikh. Sepatutnya book untuk 9 Mei tapi aku book 29 Mei. Beza jauh tu!!! Ayah aku dah bising, "itulah cuai. lain kali tengok betul-betul. kalau nak tukar tarikh, kena bayar tau. ayah tak nak bayar." 

Grrrr..aku dah bengang ni..salah sikit je. Aku pun boleh tak perasan tarikh tu. Hai...macamana ni? Sebenarnya aku bengang kat kawan ayah aku. Apasal lah tak boleh nak book sendiri? Bukannya susah. Main klik-klik sahaja. Dalam 5 minit dah boleh selesai semuanya. Ini tak, nak juga susahkan aku. On top of that, pakai kad kredit ayah aku masa buat pembayaran tu beb. Setakat sekali dua, aku boleh bertahan lagi tapi kalau dah selalu sangat, apa hal pula? 

Pagi tadi aku berjaya tukar tarikh kepada 9 Mei dan kena tambah bayar RM100. Siapa lagi yang kena bayar? Siapa lagi, akulah!!! Aduhai..aku baru nak simpan duit bulan ni nak buat belanja pergi Bandung-Jakarta pada bulan Jun. Sabar je lah. 

p/s: RM100 tu boleh buat macam-macam.

Wake up call


Baru aku sedar yang selama ini aku cuma mengharap yang tak pasti. Tak perlu lagi toleh ke belakang..kehidupan perlu diteruskan. Anggaplah apa yang berlaku itu sebagai satu pengajaran yang terbaik dalam hidup. 

Aku bersyukur..akhirnya aku sedar. It is totally wake up call for me. 

p/s: alamak aku teremosi

Monday, April 26, 2010

Lost in 80's again

Minggu lepas aku dapat panggilan daripada stesen radio Red FM beritahu aku yang lagu yang aku minta akan keluar pada hari berikutnya. Punyalah gembira sangat sebab tak sangka lagu pilihan aku terpilih. Dulu aku pernah kena tapi masa tu memang betul-betul terkejut sebab dia orang call tiba-tiba. Kalau sesiapa nak mengimbas kembali cerita tu boleh refer kat sini

Untuk kali ini, dia orang akan call dulu dan beritahu tajuk lagu pilihan aku dan kenapa aku pilih lagu tu. So bila aku on air esok, aku tak akan panik dan terus lupa apa aku nak cakap. Lagu ini aku dah lama minta sejak tahun lepas lagi. Ingatkan dia orang tak pilih lagi sebab dulu dah pernah on air. Nak tahu lagu apa aku pilih? Hehehe..aku nak tutup muka kejap sebab pasti korang cakap aku ni minah jiwang!!! Ok..ok. Cool down dulu, jangan kepoh-kepoh. Lagunya Lost In Your Eyes yang dipopularkan oleh Debbie Gibson. Jiwang kan?? Aku dah beritahu tadi. Mari kita imbas kembali lagu ini ya. 



Oh ya..aku sempat record masa aku on air. Bila dengar balik, Ya Allah suara aku macam Doraemon. Halus je suara aku. Kawan aku cakap suara aku manja. Auuw manja ya? Tak kuasa akak. 

Bila dengar balik lagu ini, mengimbas kembali kenangan lama. Zaman masa sekolah dulu baru nak belajar bercinta. Apa orang panggil? Puppy love atau cinta monyet. Teringat kat ehem ehem..kawan-kawan 1 sekolah aku sure tahu siapa maksud aku. Hero paling handsome kat sekolah beb. Hahaha..bocor rahsia aku. Ok stop it! Aku dah blushing gila ini. Mamat tu pun dah bahagia dengan keluarga dia tapi kita orang masih keep in touch. 

p/s: i love Debbie Gibson so much!

Sunday, April 25, 2010

Corporate Finance exam dah habis

I love my classmate so much. 

Nak tahu kenapa? Kami memang sehati sejiwa. Perangai memang sama-sama gila. Kalau buat kerja sama-sama tolong. Contohnya bila aku tak sempat nak siapkan assignment, pasti ada yang akan sanggup beri jawapan untuk dikongsi bersama-sama. Selain daripada ada sumber inspirasi Mr. X, kawan-kawan lain akan cuba bantu untuk selesaikan masalah. 

Tadi ada final exam untuk sabjek Corporate Finance. Semalam ada buat discussion bermula pukul 11 pagi (aku sampai lambat dalam pukul 12 sebab nak siapkan assignment) sampai pukul 6 petang. Sabjek yang memang susah sebab kena tahu konsep. Memanglah masa final exam akan diberi formula tapi kalau tak tahu nak pakai, buang masa sahaja nak jawab. Final exam mula pukul 11 pagi tapi sanggup datang awal untuk discuss lagi. Pada masa yang sama ada kawan tu siap buat strategi, nak duduk sebelah yang pandai jawab. Apa lagi..kalau bukan untuk tiru jawapanlah. Hehehe...

Aku tak tahu nak cakap apa pasal final exam tadi. Kalau tak ada bantuan Mr. X tadi, aku memang tak tahu nak jawab. Oh ya..aku rasa aku ada beritahu entry sebelum ni pasal seating kami untuk final exam. Aku duduk sebelah Mr. X!!! Yeaah! Terima kasih banyak-banyak Mr. X

Sekarang ini boleh tarik nafas lega. Semester baru rasanya akan bermula bulan  Julai. Sempatlah aku nak pergi bercuti ke Bandung-Jakarta dulu pada bulan Jun. Rasa cepat masa berlalu. Tak sangka semester 3 dah habis juga akhirnya. 

p/s: sama-samalah kita tunggu keputusan exam nanti. 

Thursday, April 22, 2010

Busy like a bee



Ya..minggu ini aku sangat sibuk. 

Banyak benda nak kena siapkan pada masa sama. Nak siapkan report, assignment MBA and on top of that nak kena study untuk final exam hujung minggu ini. Rasa nak bahagikan badan atau tambahkan tangan lagi supaya dapat siapkan semua kerja on time. 

Esok aku ambil cuti separuh hari sebab sebelah pagi aku ada meeting kat Kuala Lumpur bincang pasal working group ICT. Lepas meeting, aku akan concentrate untuk study. Errkk study? Boleh ke ni? Tak tahu aku nak cakap, semester kali ini memang tough. Rasanya semakin lama, semakin banyak dugaan aku hadapi. 

Harap aku dapat teruskan pengajian aku dengan lancar dan sempurna. 

p/s: tabahkan hati untuk tempuh dugaan.

Sunday, April 18, 2010

Final exam dah dekat

Minggu depan dah final exam. Rasa cepatnya masa berlalu. Antara 2 sabjek, Corporate Finance dan Marketing Management yang aku ambil semester ini, aku paling takut sabjek Corporate Finance. Rasa banyak lagi yang perlu aku cover. Untuk Marketing Management aku taklah risau sangat sebab lecturer dah bagi siap-siap soalan final exam. Sekarang kena cari jawapan sahaja. 

Tadi masa kelas Corporate Finance, lecturer bagi balik kertas jawapan ujian. Ramai yang fail. Aku cuma dapat cukup-cukup makan sahaja. Nasib baik final exam cuma 40% dan 60% melalui assignment dan participation dalam kelas. Bagi aku, kalau dapat B, itu dah kira baik. Aku tak nak repeat! Cukuplah masa belajar diploma dan degree dulu..asyik repeat paper sahaja. 

Sabjek Corporate Finance memang aku gerun semenjak dulu lagi. Kena faham betul-betul dan kena tahu formula apa nak pakai. Lecturer ada cakap, formula akan diberi tapi kalau tak pandai pakai, tak guna juga. Hehehe..Silap-silap nanti, aku dah tak tahu nak jawab apa, aku salin balik formula. Taklah nampak sangat kertas jawapan kosong sahaja. Betul tak? 

Dengar cerita tadi, kawan-kawan aku dah siap pakat nak duduk mana masa final exam. Jangan tak tahu..siapa akan duduk sebelah aku nanti? Mr. X lah siapa lagi. Aku sangat suka! Sumber inspirasi itu sangat penting terutamanya masa nak jawab exam. 

p/s: good luck to my classmate

Saturday, April 17, 2010

Demam pulak


Hai..jumpa lagi buat kali kedua untuk hari ini.


Lama sangat tak update blog..amik kau sekali 2 entry aku buat. Aku dah lama nak update blog tapi asyik tak sempat je. Badan tak berapa sihat dan alhamdulillah hari ini dah ok sikit. 

Aku demam baru-baru ini ditambah pula aku rasa malas sangat nak masuk kerja. Malas aku nak menghadap muka boss. Lebih kurang pukul 8 pagi  lagi aku dah sampai klinik Az-Zahrah (salah satu panel klinik opis). Lepas daftarkan nama  aku pun tunggulah sampai nama aku dipanggil. Masa aku sampai taklah ramai pun sebenarnya tapi nak tunggu giliran punyalah lama. Nak tahu berapa lama aku tunggu? Mahu 1 jam rasanya aku tunggu barulah nama aku dipanggil. Lama gila!!! Kalau pergi hospital kerajaan tu, aku fahamlah sebab ramai sangat yang datang. Takkanlah klinik swasta pun macam tu juga? Aku tengok doktor ada 4 orang masa tu. Takkanlah lama sangat? 

Oleh sebab klinik Az-Zahrah ni bawah senarai panel opis, aku pergi juga lah. Kalau tak, jangan harap lah beb! Kalau ada kes serius, silap-silap boleh bawa mati..siapa nak tanggung? 

Dahlah nak tunggu giliran punyalah lama, bila dapat jumpa doktor tak sampai 1 minit pun. Aku ulang balik..tak sampai 1 minit ok! Masuk bilik doktor cuma tanya sakit apa..check dada dengan steteskop. Hello..kalau macam ni, aku pun boleh buat. Yang aku tak tahan tu ada 1 part bila aku nak check suhu badan, boleh doktor cakap, "jangan takut. ni bukan H1N1." Apa hal doktor ni? Kes H1N1 bukan isu sebenarnya. Aku nak tanya suhu badan untuk rujukan aku..nak tahu berapa panas badan aku ni. Tak terlintas langsung nak tahu pasal H1N1 walaupun ada kemungkinan aku akan kena. Aku terus blur-blur bila doktor cakap pasal H1N1. Malas aku nak bertekak dengan doktor, aku terus minta MC. Lagipun aku tak kuasa aku nak masuk kerja. Nasib baik dapat MC. 

Aku dah banyak kali kena macam ni. Dulu lagi teruk sampaikan ada yang tak sanggup tunggu lama dan terus keluar daripada klinik. Lebih baik cari klinik lain walaupun kena bayar lebih. Ya aku tahu klinik Az-Zahrah memang masyhur kat kawasan rumah aku ni..siap ada disediakan tempat bersalin, fisioterapi dan banyak lagi. Ditambah pula dengan ada unsur-unsur Islamic, kalau nak ikutkan memang banyak kelebihan sebenarnya. Bukannya kita tak nak sokong  tapi kalau macam ni layanan diberi, siapa tahan?

Aku bukan nak burukkan klinik ini tapi sekadar memberi pandangan membina dan diharapkan dapat menjalankan perkhidmatan dengan lebih baik pada masa hadapan. 

p/s: kerja sebagai doktor adalah murni

Nak duit lebih?

Aku ada baca artikel bagaimana hendak menjana pendapatan melalui blog. Manalah tahu boleh jadi kaya kan? Aku tulis blog ni pun taklah nak mengharap sangat nak dapat banyak duit. Sekadar untuk berkongsi cerita dan penglaman dengan pembaca blog aku sahaja. 

Ya lah..siapa lah aku ni kan? Aku bukannya artis atau celebrity yang terkenal. Apa-apa pun aku ingin ucapkan banyak-banyak terima kasih kepada sesiapa yang sudi mebaca blog aku yang tak seberapa ini. Cewaaah merendah diri pula aku. 

So inilah tips yang aku aku dapat melalui blog redmummy. Kalau nak tahu lebih lanjut boleh klik kat sini

Panduan menjana pendapatan menerusi blog:

1. Individu mestilah mempunyai Internet serta komputer riba yang mudah dibawa ke mana-mana.

2. Mulakan membaca blog popular kemudian tinggalkan komen pada lima blog popular ini.

3. Kemudian untuk setiap blog yang sudah diberi komen, cari pula blog lain kemudian tinggalkan tiga komen di situ begitulah seterusnya sehingga iaa berkembang.

4. Buat template yang menceriakan dan bukan hanya mengambil template sedia ada.

5. Setiap hari pastikan anda membuat 10 catatan, setiap catatan disiarkan tiga atau empat jam. Ini bagi memastikan blog sentiasa menerima kunjungan.

6. Mendaftar dengan laman web Nuffnang untuk memastikan blog menerima iklan daripada Nuffnang.

7. Rajin serta tidak kenal erti putus asa.

p/s: tengok kat Nuffnang baru dapat  RM1.50. long way to go..

Monday, April 12, 2010

Acara makan-makan

Baru-baru ini ada makan-makan kat rumah adik aku kat Putrajaya sempena sambutan hari lahir adik ipar aku yang ke 34. 34 tahun dah kau? Hahaha macam tak percaya je. 

Birthday siapa ni? Sara atau daddy?

Acara makan-makan ini kongsi sama-sama dengan adik aku. Maksudnya kita orang sama-sama contribute makanan..ala ala pot luck gitu. 

Bahagian aku:
1. Blueberry cheese cake
2. Sup cendawan
3. Trifle


Bahagian adik aku:
1. Spaghetti
2. Karipap
3. Samosa
4. Potato salad


Mari kita menjamu mata dengan makanan yang disediakan oleh kami.


Karipap dan samosa.


Blueberry cheese cake dari pandangan atas. (alamak ada crack sikit)

Pandangan tepi pula. 

Trifle.

Sup cendawan.

Kuah spaghetti.


Potato salad.

p/s: makan macam nak buat kenduri besar. hehehe..

Kau tak ingat aku?

Aku tak fahamlah..

Petang tadi aku berjejak kasih dengan kawan ITM kat FB. Kita orang dulu pernah 1 klas masa study kat ITM. Yang buat aku tak faham, dia boleh cakap kat aku yang dia tak ingat aku. What?? Aku yang comel ini, kau tak ingat? Babe, takkanlah kau tak ingat masa aku bagi kau copy assignment sabjek Management masa part 3? Takkanlah kau tak ingat kita sama-sama naik 1 bas masa pergi DIIA dinner masa part 4? Aku ingat semua tau!

Oklah..aku tahu aku tak rapat dengan dia tapi sekurang-kurangnya kalau orang sebut nama dia, aku ingat lagi. Ooooh minah tu..aku kenal lah. Tiba-tiba rasa menyesal pula aku add dia kat FB. Kalau aku delete nama dia kat FB pun ok kan? Bak kata Azwan Ali dalam blog dia, ada aku kisah???!!

p/s: sorry beb..tiba-tiba aku teremo pula.

Sunday, April 11, 2010

Muka tak berubah

Tengahari tadi aku ada jemputan kenduri kahwin kat kawasan rumah. Tak sangka pula boleh jumpa balik kawan lama yang pernah 1 sekolah rendah dengan aku. Kebetulan pula aku pun memang lama tak jumpa dia. Boleh katakan tadi aku dengan kawan aku, Shila berjejak kasih. 

Ayat pertama yang Shila kata kat aku bila jumpa tadi, "muka kau tak berubah ya. lainlah aku ni dah macam makcik." Aku pun sempat jawab balik, "nak ubah macamana lagi? dah ini memang rupa aku."

Aku gelak besar dengan komen Shila. Bila difikirkan semula, memang benar. Muka aku tak banyak berubah sejak daripada dulu sampai sekarang. 

Mari kita tengok koleksi gambar lama melalui peredaran masa yang buktikan muka aku tak banyak berubah. 


Masa umur 3 tahun rasanya. 

Masa umur 8 tahun. 

Darjah 4.

Tingkatan 4.

Tahun 2001 di Tasik Kenyir, Terengganu.


Bersama-sama kawan opis. 

Kalau beza pun cuma dari bentuk saiz badan yang semakin kembang. Hahaha. Betul tak?

p/s: awet muda? hehehe..

Saturday, April 10, 2010

ITM di hatiku

Suka tengok gambar lama terutamanya masa study kat ITM. Kali ini aku nak kongsi bersama-sama dengan pembaca blog aku dengan kenangan indah yang tak mungkin aku lupakan. Happy viewing!

Aku berlakon sebagai genie untuk kelas English


Lepas kelas English


Dinner DIIA. Kita minum dulu. 


Aku dipaksa untuk mendeklamasikan puisi. 

p/s: slimnya aku dulu..

Thursday, April 8, 2010

Gangguan sms lagi



Geramnya!!!

Siapa yang masih ingat lagi entry aku sebelum ni pasal gangguan seksual? Tak sudah-sudah dia sms lucah kat aku. Baru tadi dia sms aku lagi dan bila aku call dia, dia tak jawab. Hmm takkan takut kot?


Apa lagilah dia nak dengan aku? Daripada sms dia hantar kat aku, aku rasa dia mesti salah orang tapi aku tak puas hati, kenapa aku jadi mangsa? Eiii tak faham aku dibuatnya! 

Aku nak sangat dia kena tangkap, masuk penjara dan lagi bagus kalau tembak dia sampai mati. Amik kau! 

Aku nak selesaikan kes ini secepat mungkin. Ingat aku suka dengan sms lucah kau tu? Sekali lagi aku nak kongsi nombor telefon dia dan sesiapa yang tahu siapa pemilik nombor ini, sila beri mesej kat aku. 

017 742 8473

p/s: kalau aku dapat jumpa orang ni, tau lah apa aku nak buat nanti. 

Wednesday, April 7, 2010

Pasport

Agak lama aku tak update blog aku. Alasan sama yang sentiasa aku beri...sibuk memanjang. Hehehe.. Ok hari ini aku ambil cuti sebab nak uruskan renew pasport dan bayar yuran pengajian. 

Sebelum aku nak cerita lebih lanjut apa yang aku buat hari ini, aku terima sms daripada kawan aku tanya sama ada aku pergi perhimpunan bulanan  atau tak.   Boss emel aku semalam pukul 8 malam dan expect aku baca emel untuk pergi ke perhimpunan tersebut. What??! Dahlah aku tengah blur-blur lepas tu suka hati nak suruh aku pergi. Hello! Aku dah minta cuti tau dan jangan pandai-pandai nak suruh aku pergi. Banyak cantik. Eiii geramnya!! Boss aku tak ingat aku dah minta cuti dan untuk pengetahuan semua, dia sendiri yang approved ok. Lainlah kalau aku sendiri ponteng kerja. 

Baik aku stop cerita pasal boss aku. Buat sakit hati je kalau aku cerita. Cerita pasal buat pasport hari ini, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah dengan harapan orang tak ramai lagi. Ternyata aku silap. Masa aku sampai Pejabat Imigresen pukul 8 pagi, aku dah nampak orang dah beratur panjang. Bila sampai aku dapat nombor giliran, aku adalah orang yang ke-82. 

Bila dapat nombor giliran, kena tunggu lagi sehingga nombor aku dipanggil untuk urusan proses seterusnya. Bila sampai giliran aku, pegawai kaunter siap tanya aku, "gambar bila ni kak? saya tak berani nak jamin gambar ni lepas." Nak tahu kenapa? Gambar aku beri tu gambar lama, tak salah aku gambar tu diambil pada tahun 2006. Ok..aku admit gambar tu nampak muda sedikit sebab masa tu aku tak lah bulat macam sekarang dan muka aku terlebih make up. (lipstik merah gila!) Aku tak cakap apa-apa tapi kalau kena ambil gambar semula, ambil je lah. 

Next..aku kena tunggu lagi untuk urusan pembayaran pasport. Aku cuma ambil pasport harga RM100 yang boleh pakai untuk 2 tahun sahaja. Oklah tu..aku pun bukannya selalu pergi luar negara. Lagipun aku tak bawa duit banyak tadi, tak cukup nak buat pasport RM300. Lepas pembayaran pasport, pegawai kaunter beritahu yang aku boleh dapat pasport lepas pukul 11.45 pagi. Masa tu baru pukul 9.50 pagi. Hmmm tunggu lagi. 

Kebetulan aku memang ada urusan lain nak kena uruskan. Jadi aku ambil kesempatan untuk bayar yuran pengajian melalui EPF. Pejabat EPF memang sebelah je dengan Pejabat Imigresen jadi aku boleh je jalan kaki ke sana. Nasib baik kat Pejabat EPF tak lama, dalam 15 minit dah selesai semua. Singgah kedai sekejap beli barang dapur. Tengok jam masih baru pukul 10.40 pagi. Apa lagi aku nak buat?  Kita layan ABC kat Kedai Yus dulu. 

Pukul 11.40 pagi aku dah balik semula ke Pejabat Imigresen. Kena beratur lagi nak dapat nombor giliran. Nasib baik tak lama tunggu sebab dalam pukul 11.55 pagi akhirnya aku dapat pasport! Yeaah! 

Penantian aku terbalas juga akhirnya. 

p/s: pasport lama cuma pakai 4 muka surat sahaja. 

Friday, April 2, 2010

Tambah lagi

Ada sedikit perubahan dengan trip aku ke Bandung-Jakarta. Kalau dulu cuma 3 orang sahaja yang pergi tapi kali ini sudah bertukar menjadi 4 orang. Adik ipar kawan aku nak join juga. Hmm..makin bertambah ahli rombongan Cik Kiah oooi! 

Oleh sebab ini perancangan last minit, aku cuma dapat uruskan urusan transport dan hotel di sana. Urusan tiket pula kawan aku yang uruskan walaupun harganya sangat mahal. Aku dapat tahu harga tiket yang kawan aku beli berkali-kali ganda mahal daripada harga tiket aku beli tahun lepas. 

Harap perjalanan kami akan berjalan dengan lancar. 

p/s: the more, the merrier!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails